Monday 26 May 2014

Ramadhan Hampir menjelma

Alhamdulillah....
Begitu cepat masa berlalu, kini kita sampai ke penghujung bulan Rejab.... Macam mana dengan persiapan diri kita, sudah bersedia untuk sekali lagi menempuh bulan yang penuh keberkatan...

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya’ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, nak kongsi sikit beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya untuk renungan bersama

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.

Ohh ye sebelum terlupa ..jangan lupa persiapan hari raya nanti... bukan apa jika tak di siap kan lebih awal...nnti time puasa tu la kita sibuk nak bershopping sakan sampai terlupa pulak ibadah kita...

Tasya Sarra Collections dah mula keluarkan stock hari raya, Busana Muslim yang pastinya memikat hati, kualitinya terjamin serta harga yang pastinya terrendah dipasaran....
Kami masih lagi mengekalkan polisi kami iaitu  
"Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia"

Jom Layan dulu stock terbaru kami :)












Jangan lupa LIKE fanpafe kami

Jumpa anda disana


No comments:

Post a Comment