Friday 20 September 2013

Assalammualaiku....Happy weekend to all.

Jom kita renung & fahami kata2 ni...

MUTIARA KATA UNTUK MU

1] Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usah resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usah lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.

2] Keagungan peribadi anda terletak pada kesediaan anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat.

3] Satu perkara yang membuat kejahatan bermaharajalela dimuka bumi ini ialah kerana orang yang baik tidak mahu berbuat apa-apa! Berusaha lah, sementara kamu ada kesempatan, dan jangan lah menunggu,sehingga kita dalam kesempitan.

4] Yang terbiasa hidup susah, tidak pernah gentar dengan kesusahannya.Yang terbiasa hidup senang,merasa takut untuk menempuh kesusahan yang tidak pernah dialaminya. Beringatlah..

5] Jalan yang lurus dan lebar tidak semestinya akan menghasilkan pemandu yang cekap. Lautan yang tenang dan tidak bergelora bukan penentu melahirkan pelaut yang handal.

6] Kita akan rasa gembira bila dapat ‘menipu’ orang lain, Tapi jangan kita lupa, orang yang pertama kita ‘tipu’ adalah diri kita sendiri!

7] Yang terdetik, tergerak didalam hati menjadi penunjang setiap perbuatan, berusahalah selagi terdaya menjadi yang terbaik, dan selalu minta pertunjuk! Agar tercapai citamu...



Adiioooosss....

**Credit: Datuk Maznah Hamid.

No comments:

Post a Comment